sebab ia comel...sangat comel
sebab ia aktif
sebab ia manja
sebab sebab sebab
seperti yang sedia maklum,kucing adalah sejenis mamalia yang sangat sangat comey dan menurut islam "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. dan baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya di suatu tempat. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya.dan seekor kucing memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang telah disentuh oleh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci. so sape2 yang kucingnya suka meronda-ronda kat lua dan bergolek kat pasir serta korang tak pernah mandikan jangan la pegi peluk2 sebelum nak solat kerana dikhuatiri kakinya dan bulunya telah melekat pada najis dan pasir.seeloknya sebelum solat tukar baju yang bersih.hal ini keranan yang suci itu hanya peluh, atau bekas dari sisa jilatannya.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
bagi sesapa yang tak suka kucing mungkin ini alasannya
kucing pembawa toxoplasmosis
eeww kucing kotor i geli
i ade sinus la alah dengan bulu2 kucing ni
asyik beranak je kucing ni
susah la ari2 kena bagi makan
this is aling
alex @black
comot dan alex
comot yang sudah berpaling tadah melupakan tuannya semata mata kerana kucing betina..oh tidak
ini burung yang ditangkap oleh tompok..dia buat main2 bird yang comel ini..lalu aku mengurung semua kucingku dan membebaskan burung comey ni..burung apakah ini?
tompok yang sudah meninggalkan dunia..sedih..miss u apuk
alex bunting
this is aning mother to alex ,ayahku dgn senyap2 telah membuangnya disebabkan kenakalannya yang suka mencuri ikan bilis,roti mahupun belacan jiran,dan menggonggongnya sambil jalan terkedek kedek walaupun sudah dikurung ada saja caranya meloloskan diri,
walaupun bukan anak comot,tetapi dia tetap menyayangi anak kucing tersebut
bagi individu seperti ini tidak mengapa jika tidak menyukai kucing tetapi janganlah menyeksa binatang tersebut seprti menyepaknya ketika ia menggeser di kaki kita di kedai mamak,(dah penah tengok da)..mengurung kucing tanpa memberi makan,dan lagi teruk memotong kaki kucing kerana curi ikan (kesian HERO).ingat kesemua perbuatan ini akan dihakimi tak di dunia,di akhirat la. bagi saya kucing adalah haiwan peliharaan yang terbaik dan jika kita menjaganya dgn penuh kasih sayang,ia juga akan membalasnya.contohnya kalo kucing tu dah biasa dengan kita,bila kita panggil atau memarahinya dia akan faham.
aku merupakan orang yang paling rajin memandikan kucing dan shampu yang terbaik iaitu
pakai shampu ni hilang semua kutu...lagi satu kucing sangat sensitif pada bahagian kepalanya,jangan ketuk kepalanya atau mengusap kepalanya menggunakan kaki...sangat kurang ajar..itu aku masa kecik2..sayangilah binatang kerana kita sama-sama makhluk Allah dan jangan sesekali menganiaya mereka.
No comments:
Post a Comment