polisitemia bagi orang yang merokok berlaku apabila mereka sedut asap yang merupakan karbon monoksida.apabila karbon monoksida ini telah memenuhi ruangan dalam badan maka,ia akan melekat pada sel darah merah,kemudian bila oksigen disedut,sel darah merah tidak dapat memainkan peranan sebagai pengangkut oksigen. oleh itu bila sel darah merah kekurangan oksigen,maka badan pun mengalami kekurangan oksigen lalu meransang otak untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah supaya oksigen boleh diangkut lebih banyak.tetapi masalahnya apabila perokok terus menyedut karbon monoksida,oksigen akan berkurangan dan proses penghasilan sel darah merah akan berterusan kerana sistem badan kita nak pastikan oksigen dapat diangkut dengan lebih banyak.
comey tak perokok ni???haha
bila berlakunya penghasilan sel darah merah yang berterusan,kepekatan darah akan menjadi tinggi. salur darah kita kan kecil jer,oleh itu sel darah merah susah nak sampai dekat kawasan kepala kita,so,bila sel darah merah tak sampai,oksigen pun tak sampai dan akan menyebabkan kekurangan oksigen then that;s why penghidap polisitemia selalu pening kepala. antara simptom yang lain iaitu rasa lemah,rasa gatal kulit,berpeluh,rabun,sakit perit dan trombosis (pembentukan darah beku dalam salur darah).tanda utama polisitemia adalah muka berwarna biru dan kemerah-merahan pada kawasan bibir,pipi,telinga dan atas hidung.
pendedahan kepada karbon monoksida juga berlaku bagi mereka yang bekerja di dalam terowong bawah tanah atau garaj tempat letak kereta, pemandu teksi di bandar-bandar yang tercemar dan sesak, atau pekerja-pekerja di kilang-kilang dengan pendedahan kepada ekzos enjin.kesimpulannya,perokok-perokok tegar,jangan bangga kalau kuku merah ke,rasa darah banyak sihat ke,tak ada maknanya sekarang dah tahu kan???kalau macam tu apa kata kita tetapkan pendirian TAK NAK MEROKOK!!