Friday, 3 February 2012

anda merokok?orang merokok banyak darah??bagusnya!?








sekiranya individu yang mengamalkan tabiat merokok melihat kuku mereka merah berbanding individu yang tidak merokok,selalunya kesimpulan yang akan dibuat adalah mereka lebih sihat  .memang benar sistem badan  orang merokok menghasilkan sel darah yang banyak,tetapi apabila penghasilan sel darah menjadi terlebih banyak atau kurang,maka akan berlakunya masalah. dalam  kes ini,penghasilan sel darah merah yang banyak akan meningkatkan kepekatan darah dalam badan.keadaan ini digelar polisitemia (polycythaemia).polisitemia dikategorikan kepada tiga jenis iaitu jenis primer yang dikenali sebagai polisitemia rubra vera,polisitemia sekunder dan polisitemia relatif. individu merokok dikategorikan dalam polisitemia sekunder,di mana penghasilan sel darah merah adalah tinggi tetapi plasma adalah normal.


polisitemia bagi orang yang merokok berlaku apabila mereka sedut asap yang merupakan karbon monoksida.apabila karbon monoksida ini telah memenuhi ruangan dalam badan maka,ia akan melekat pada sel darah merah,kemudian bila oksigen disedut,sel darah merah tidak dapat  memainkan peranan sebagai pengangkut oksigen. oleh itu bila sel darah merah kekurangan oksigen,maka badan pun mengalami kekurangan oksigen lalu meransang otak untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah supaya oksigen boleh diangkut lebih banyak.tetapi masalahnya apabila perokok terus menyedut karbon monoksida,oksigen akan berkurangan dan proses penghasilan sel darah merah akan berterusan kerana sistem badan kita nak pastikan oksigen dapat diangkut dengan lebih banyak.





bila berlakunya penghasilan sel darah merah yang berterusan,kepekatan darah akan menjadi tinggi. salur darah kita kan kecil jer,oleh itu sel darah merah susah nak sampai dekat kawasan kepala kita,so,bila sel darah merah tak sampai,oksigen pun tak sampai dan akan menyebabkan  kekurangan oksigen then that;s why penghidap polisitemia selalu pening kepala. antara simptom yang lain iaitu rasa lemah,rasa gatal kulit,berpeluh,rabun,sakit perit dan trombosis (pembentukan darah beku dalam salur darah).tanda utama polisitemia adalah muka berwarna biru dan kemerah-merahan pada kawasan bibir,pipi,telinga dan atas hidung.


pendedahan kepada karbon monoksida juga berlaku bagi mereka yang bekerja di dalam terowong bawah tanah atau garaj tempat letak kereta, pemandu teksi di bandar-bandar yang tercemar dan sesak, atau pekerja-pekerja di kilang-kilang dengan pendedahan kepada ekzos enjin.kesimpulannya,perokok-perokok tegar,jangan bangga kalau kuku merah ke,rasa darah banyak sihat ke,tak ada maknanya sekarang dah tahu kan???kalau macam tu apa kata kita tetapkan pendirian TAK NAK MEROKOK!!

No comments:

Post a Comment